4H3M KK KUNDASANG (ISLAND HOPING)
(GROUND ARRANGEMENT FIT- 1 NIGHT KUNDASANG)
- Aturcara Program
HARI 1 : KUALA LUMPUR- KOTA KINABALU
Ketibaan di Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Anda akan dijemput oleh wakil syarikat dan bergerak ke Menara Yayasan Sabah (juga dikenali Menara Tun Mustapha). Kemudian melawat dan Masjid Terapung yang terkenal kerana kelihatan seolah terapung dipermukaan air. Singgah di Jambatan Tamparuli yang merupakan simbolik pekan Tamparuli. Selepas itu, bertolak terus ke Kundasang (2 jam). Singgah sebentar di Pekan Nabalu sebelum ke Kinabalu National Park (optional) untuk bergambar berlatarkan Gunung Kinabalu. Kemudian anda akan dibawa ke Pekan Kundasang dan check in di penginapan.
HARI 2 : KUNDASANG-KOTA KINABALU
Sarapan pagi. Anda akan dibawa melawat Desa Cattle Farm yang dipanggil New Zealand Sabah kerana pemandangannya. Seterusnya, melawat ke Sabah Tea Garden dan Fish Spa Village untuk pengalaman Spa ikan di sungai nyaman. Anda juga akan melawat Poring Hot Spring & pengalaman Canopy Walk (optional) di hutan Kinabalu sebelum bertolak ke Kota Kinabalu. Setelah tiba di Kota Kinabalu, anda akan dibawa menikmati pemandangan matahari terbenam di Tanjung Aru. Makan malam Seafood di Todak Seafront (optional). Check in di penginapan & aktiviti free & easy.
HARI 3: KOTA KINABALU – ISLAND HOPING
Sarapan pagi dan bertolak ke Jeti Jesselton Point. Terokai keindahan hidupan marin Sabah di 2 buah pulau di Taman Marin Tunku Abdul Rahman. Perhentian pertama anda adalah di Pulau Mamutik. Terkenal dengan pasir yang putih, disini anda boleh melakukan aktiviti sukan air (optional activity). Seterusnya, anda akan ke Pulau Manukan sebelum bertolak semula ke Jesselton Point. Makan malam & pulang ke hotel berehat atau aktiviti free & easy.
HARI 4 : KK – KUALA LUMPUR
Sarapan pagi. Checkout penginapan dan anda akan dibawa ke Pasar Filipin serta Jamilah Jewellery untuk pembelian cenderamata sebelum bertolak ke Lapangan terbang kota kinabalu
Jadual perjalanan tertakluk kepada perubahan dan pindaan.
- Termasuk
- Penginapan 2 malam Hotel 2-3 bintang lengkap sarapan pagi (kota Kinabalu)
- Penginapan 1 malam Hotel 2-3 bintang lengkap sarapan pagi (kundasang)
- Tiket Lawatan seperti yang tertera dalam jadual
- Airport transfer
- Pengangkutan van selesa (driver cum guide) untuk 4 hari
- Tidak Termasuk
- Tiket Penerbangan, luggage ataupun meals on board
- Kinabalu Park (RM15) | Canopy Walk (RM5) atau lawatan optional lain yang tidak dinyatakan.
- Optional : Kos makan tengahari dan makan malam. (kos anggaran rm10-20/meals)
- Insuran perjalanan
- Muat Turun Jadual Lengkap
Muat turun jadual dalam bentuk pdf ataupun cetak terus info jadual lengkap daripada laman web ini.
- SEBUT HARGA PERPAX (Harga Seorang):
Jenis Kenderaan | Kereta Sedan (Bezza,saga etc) | Van Pelancong | Single Supp | ||
---|---|---|---|---|---|
Bilangan | 2 pax | 3-4 pax | 5-7 pax | 8-9 pax | |
Dewasa/Kanak-kanak berkatil | RM1029 | RM849 | RM709 | RM629 | RM250 |
Kanak-kanak tanpa Katil | RM759 | RM589 | RM449 | RM369 | NIL |
- Nota
- Bayi 2 tahun kebawah adalah percuma.
- Wajib 2 orang dewasa didalam satu bilik untuk penggunaan harga kanak-kanak tanpa katil.
- Triple Room (3 katil sebilik) adalah berdasarkan availability. Sekiranya tiada, katil extra (extra bed) jenis sofa bed ataupun jenis lipat tambahan akan disediakan oleh pihak hotel.
- Single Supp bermaksud penggunaan bilik sorang tanpa berkongsi.
- Sila pastikan muatan anda boleh masuk ke kenderaan bezza/saga/van atau kos tambahan mungkin diperlukan untuk luggage transfer.
- Penginapan adalah berdasarkan availability & harga mungkin meningkat sekiranya penginapan tidak available.
- Kota Kinabalu : Ibis Hotel, Ming Garden Hotel, Holiday Inn, Oriental Hotel or similar class.
- Kundasang : Celyn Resort, Zen Garden Resort,Ayana Resort or similar class.
- Anda boleh dapatkan harga lain sekiranya anda ingin gunakan hotel 4-5 bintang ataupun bilangan peserta melebihi 9 orang peserta.
- Harga mungkin berubah dan ada caj extra ketika peak season ataupun cuti umum.
- Jadual akan diubahsuai mengikut waktu penerbangan anda
- Polisi Syarikat
- Perkhidmatan ini diuruskan dan dijalankan sendiri oleh Avenue Holidays Sdn Bhd
- Hotel tertakluk kepada perubahan dengan hotel setaraf.
- Jadual perjalanan tertakluk kepada perubahan mengikut keadanan semasa tanpa memberitahu terlebih dahulu.
- Harga tertakluk kepada peruhanan harga semasa, sebarang kenaikan adalah diluar jangkaan syarikat dan ia haruslah ditanggung oleh peserta.
- Tiada pemulangan wang jika program lawatan yang tidak digunakan oleh peserta.
- Avenue Holidays Sdn Bhd tidak bertanggungjawab jika berlaku kemalangan oleh peserta diatas kecuaian sendiri semasa perjalanan.
- Kami menasihati semua peserta untuk membeli insuran perjalanan untuk melindungi anda sepanjan perjalanan
- Mohon untuk anda merujuk polisi penuh yang telah disediakan didalam lampiran email anda setelah anda menempah perjalanan ini.
- Polisi Pembayaran
- Bayaran pendahuluan untuk tempahan pakej NON REFUNDABLE (Slot Tarikh) – RM200
- Bayaran penuh harus lah dibuat 45 hari sebelum penerbangan perjalanan anda.
- Kami tidak bertanggungjawap diatas kenaikan harga pakej diatas kelewatan anda untuk membuat pembayaran penuh.
- Berhubung Dengan Kami
Hubungi kami pada waktu pejabat di 0102818990 (Isnin Jumaat 9.30am-5.00pm) ataupun diluar waktu pejabat, anda boleh berhubung atau whatsapp dengan tour consultant kami
Hasif - Travel Consultant
+60 16-552 8868
- Berminat untuk Tempahan?
Anda hanya perlu isikan borang ini dan kami akan emailkan anda butiran lanjut perjalanan, jumlah bayaran penuh untuk kumpulan anda serta info pakej lengkap.