4H3M MABUL SEMPORNA & TAWAU (RELAXING)
(GROUND ARRANGEMENT FIT-1 NIGHT WATER CHALET)
Untuk Mereka Yang Inginkan Aktiviti Santai Bergambar & Snorkeling
- Aturcara Program
HARI 1: KUALA LUMPUR- TAWAU- SEMPORNA
Ketibaan di Lapangan Terbang Tawau. Anda akan dijemput oleh wakil syarikat dan bergerak ke bandar tawau untuk lawatan ke Pasar Besar Tawau (Pasar Tanjung) untuk membeli belah produk lautan lokal tawau; ikan bilis dll. Makan tengahari. Seterusnya bergerak ke pekan Semporna dengan menaiki van. Daftar masuk di penginapan di Semporna. Makan malam dan aktiviti bebas disekitar penginapan.
HARI 2: TAWAU-SEMPORNA (ISLAND HOPING : MATAKING,TIMBA-TIMBA,POM-POM) (MT)
Sarapan pagi di sekitar kawasan hotel. Bertolak ke jeti pelancongan untuk pengembaraan pulau-pulau yang indah di Semporna. Anda akan bertolak ke Pulau Mataking.Makan tengahari.Seterusnya ke Pulau Timba-Timba dan diakhiri dengan lawatan ke Pulau Pom-Pom. Pulang ke Jeti untuk ke hotel semporna. Makan malam dan aktiviti bebas.
HARI 3: SEMPORNA- PULAU MABUL (MT,MM)
Sarapan pagi di sekitar Kawasan hotel.Bergerak ke Jeti untuk ke Pulau Mabul & check in penginapan di Mabul. Dengan menaiki bot selama 30 minit, aktiviti dimulakan dengan bersiar-siar di Pulau Mabul. Anda boleh merakamkan kenangan di Mabul Water Bungalow (Optional Tour RM30/pax) ataupun melakukan aktiviti snorkeling. Pengembaraan pulau diteruskan dengan aktiviti bebas (snorkeling & bersiar-siar) di Pulau Kapalai sebelum pulang ke penginapan water chalet. Makan malam dan berehat.
HARI 4: SEMPORNA- TAWAU – KUALA LUMPUR (SP)
Sarapan pagi di penginapan. Aktiviti bebas berehat menikmati pemandangan ataupun mandi laut. Daftar keluar penginapan dan anda akan dibawa ke pekan Semporna untuk makan tengahari sebelum bertolak semula ke Lapangan Terbang Tawau untuk pulang ke Kuala Lumpur.
Jadual perjalanan tertakluk kepada perubahan dan pindaan.
- Termasuk
- 1 Malam Penginapan Water Chalet
- 2 Malam Penginapan Pekan Semporna
- Lawatan Ke 5 Pulau (Pulau Mataking, Pulau Timba-Timba, Pulau Pom-Pom, Pulau Mabul, Pulau Kapalai)
- Makan Tengahari & Malam Seperti Dinyatakan Dalam Jadual (Lunch Box Kecuali Ketika Penginapan Di Water Chalet)
- Pengangkutan Kenderaan (Airport Transfer)
- Pengangkutan Bot & Tour
- Life Jacket & Set Snorkeling
- Tidak Termasuk
- Tiket Penerbangan, Luggage Ataupun Meals On Board
- Tiket Lawatan yang tidak dinyatakan (Water Bungalow RM30 etc)
- Kos Makan Tengahari Dan Malam Kecuali Dinyatakan.
- Insuran Perjalanan
- Kos Caj Extra Untuk Rakyat Bukan Malaysia.
- Muat Turun Jadual Lengkap
Muat turun jadual dalam bentuk pdf ataupun cetak terus info jadual lengkap daripada laman web ini.
- SEBUT HARGA PERPAX (Harga Seorang):
Type | Adult (Twin/Double) | Adult (Triple) | Child with Bed | Child no Bed | Infant | Single Supp |
---|---|---|---|---|---|---|
Price | RM869/PAX | RM869/PAX | RM799/PAX | RM549/PAX | FREE | RM260 |
- Nota
- Pakej ini direka untuk mereka yang inginkan percutian berkonsepkan santai, bersiar-siar dan bergambar.
- Sesuai untuk pelanggan lebih tua dan keluarga.
- Maksud Sharing (seat in coach) adalah anda mungkin akan berkongsi van & bot dengan peserta bukan ahli kumpulan anda.
- Untuk penginapaan waterchalet, toiletries,seterika ataupun air mineral dalam bilik tidak disediakan. Anda boleh beli toiletries di perkampungan mabul.
Terma & Syarat
- Bayi 2 tahun kebawah adalah percuma.
- Pengunaan van & bot adalah berdasarkan sharing (seat in coach).
- Wajib 2 orang dewasa didalam satu bilik untuk penggunaan harga kanak-kanak tanpa katil.
- Single Supp bermaksud penggunaan bilik sorang tanpa berkongsi.
- Sila pastikan muatan anda tidak berlebihan dan sesuai untuk penggunaan percutian pendek dan mudah diangkut di bot.
- Penginapan adalah berdasarkan availability & harga mungkin meningkat ataupun berubah sekiranya penginapan tidak available.
- Penginapan :
- Hotel Semporna : Grace Hotel, Sipadan Inn 3, Seaview Hotel, Seafest Hotel
- Hotel Water Chalet : Amina Resort (priority), Uncle Chang Resort, Grand Dive Resort or similar class
- Penginapan atas air (water chalet) adalah berdasarkan availability. Pilihan utama kami adalah penginapan di Amina Resort ataupun resort yang mempunyai bilik banyak namun sekiranya penuh, kami akan pindahkan anda ke penginapan atas air yang lain. Jenis bilik,size ataupun availability air-cond adalah berdasarkan availability penginapan. Keutamaan kami adalah anda dapat rasai pengalaman bermalam diatas air. Sekiranya anda inginkan pengalaman bertaraf 4-5 bintang, kami rekomen pakej diubah suai kepada penginapan bertaraf lebih tinggi. Kos adalah bermula pada RM1500/night.
- Harga mungkin berubah dan ada caj extra ketika kekurangan availability bilik, peak season ataupun cuti umum tanpa notis awal.
- Jadual akan diubahsuai mengikut waktu penerbangan anda
- Polisi Syarikat
- Perkhidmatan ini diuruskan dan dijalankan sendiri oleh Avenue Holidays Sdn Bhd
- Hotel tertakluk kepada perubahan dengan hotel setaraf.
- Jadual perjalanan tertakluk kepada perubahan mengikut keadaan semasa tanpa memberitahu terlebih dahulu.
- Harga tertakluk kepada peruhanan harga semasa, sebarang kenaikan adalah diluar jangkaan syarikat dan ia haruslah ditanggung oleh peserta.
- Tiada pemulangan wang jika program lawatan yang tidak digunakan oleh peserta.
- Avenue Holidays Sdn Bhd tidak bertanggungjawab jika berlaku kemalangan oleh peserta diatas kecuaian sendiri semasa perjalanan.
- Kami menasihati semua peserta untuk membeli insuran perjalanan untuk melindungi anda sepanjan perjalanan
- Mohon untuk anda merujuk polisi penuh yang telah disediakan didalam lampiran email anda setelah anda menempah perjalanan ini.
- Polisi Pembayaran
- Bayaran pendahuluan untuk tempahan pakej NON REFUNDABLE (Slot Tarikh) – RM200
- Bayaran penuh harus lah dibuat 45 hari sebelum penerbangan perjalanan anda.
- Kami tidak bertanggungjawap diatas kenaikan harga pakej diatas kelewatan anda untuk membuat pembayaran penuh.
- Berhubung Dengan Kami
Hubungi kami pada waktu pejabat di 0102818990 (Isnin Jumaat 9.30am-5.00pm) ataupun diluar waktu pejabat, anda boleh berhubung atau whatsapp dengan tour consultant kami
Hasif - Travel Consultant
+60 16-552 8868
- Berminat untuk Tempahan?
Anda hanya perlu isikan borang ini dan kami akan emailkan anda butiran lanjut perjalanan, jumlah bayaran penuh untuk kumpulan anda serta info pakej lengkap.